Lebih 70 terb...

Lebih 70 terbunuh nahas Tu-154

MOSCOW, 13 Jan – Menggunakan ujian genetik, pakar telah mengenal pasti lebih 70 orang terbunuh dalam kemalangan udara melibatkan pesawat tentera Rusia Tu-154, agensi berita Rusia TASS melaporkan hari ini.

Menurut pemeriksaan perubatan forensik, di kalangan mereka yang dikenal pasti adalah Anton Gubankov, yang merupakan ketua Jabatan Kementerian Pertahanan Kebudayaan Rusia dan Valery Khalilov, pengarah Ensemble Alexandrov.

Keluarga mangsa kemalangan udara telah pun dimaklumkan mengenai keputusan, dan pengenalpastian masih berterusan.

Tu-154, dalam perjalanan ke pangkalan udara Hmeimin Rusia di bandar pelabuhan Syria Latakia, terhempas sejurus selepas berlepas dari bandar raya peranginan Laut Hitam Sochi pada 25 Disember lalu.Seramai 92 orang – 84 penumpang dan lapan anak kapal – berada di atas kapal pesawat.

Kebanyakan mereka adalah ahli-ahli Ensemble Alexandrov, koir terkenal Angkatan Tentera Rusia, serta sembilan wartawan Rusia. Mereka sedang menuju ke pangkalan udara untuk sambutan Tahun Baru. – Xinhua

Gambar fail pada 29 Disember 2016 menunjukkan Anggota penyelamat Rusia ketika memeriksa rangka pesawat tentera Tu-154 yang terhempas berhampiran Sochi. – AFP
Gambar fail pada 29 Disember 2016 menunjukkan Anggota penyelamat Rusia ketika memeriksa rangka pesawat tentera Tu-154 yang terhempas berhampiran Sochi. – AFP