Lebih $7,000 lagi diterima

Lebih $7,000 lagi diterima

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Sejumlah $47,588 telah berjaya dikutip bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal, setakat ini, dan jumlah ini adalah termasuk $7,111 yang diterima daripada beberapa pihak di majlis yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

Sumbangan-sumbangan berkenaan telah diterima oleh pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah binti Abdul Hamid.

Di majlis itu, Persatuan Masyarakat India Daerah Belait telah menyumbangkan sebanyak $1,750 yang disampaikan oleh bendaharinya, Anilkumar TV dan Persatuan Malayali sebanyak $2,250 yang disampaikan oleh presidennya, Renjith Gopala Krishnan.

Sementara itu, Pengarah SCR Express Citis Square, Florence Nava menyerahkan sumbangan berjumlah $2,111 dan $1,000 lagi diterima daripada Juruukur Perundingan Services Sdn Bhd yang disampaikan oleh pengarahnya.

Para penyumbang bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepan bergambar ramai di majlis itu, kelmarin.
Para penyumbang bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepan bergambar ramai di majlis itu, kelmarin.