Lebih 7,000 mati

Lebih 7,000 mati

PERANCIS, 19 Jan – Kira-kira 7,200 anak damit mati dilahirkan setiap hari bermakna kira-kira 2.6 juta setiap tahun dan separuh daripadanya terjadi ketika bersalin, kata kajian yang disiarkan oleh The Lancet, hari ini.

Mengikut jurnal perubatan itu, angka itu dicatatkan pada 2015 menunjukkan penurunan daripada 24.7 kepada 18.4 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran sejak tahun 2000 hingga tahun lalu.

Majoriti terbesar kes berkaitan kematian anak damit iaitu kira-kira 98 peratus adalah yang dicatatkan di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“Tapi angka yang paling menakutkan ialah 1.3 juta anak damit mati ketika bersalin,” kata editor The Lancet, Richard Horton dan Udani Samarasekera.

“Fakta seorang anak damit masih hidup di awal proses bersalin dan mati disebabkan alasan yang tidak dapat dielakkan pada beberapa jam selepas itu seharusnya menjadi skandal kesihatan di peringkat antarabangsa. Tapi malangnya ia tidak,” katanya.

Bagi tujuan kajian, kematian bayi dikira sebagai kehilangan janin pada tiga bulan terakhir atau selepas 28 minggu kehamilan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA