Lebih 7,800 terima daging korban

Lebih 7,800 terima daging korban

Oleh Yusrin Junaidi, Hajah Saemah Kepli, Normazlina M.D & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Seramai 7,894 asnaf fakir miskin dari keempat-empat daerah telah menerima kurnia daging korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja lain sempena Hari Raya Aidiladha, dengan majlis penyerahannya diadakan di daerah masing-masing, hari ini.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pengagihan Daging Korban kepada seramai 6,262 orang telah disampaikan oleh tetamu khas iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud yang diadakan di Dewan Muhibbah Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Sebelum pengagihan bermula, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh ketua kampung Bolkiah A dan laungan Takbir Hari Raya Aidiladha diketuai oleh tetamu khas.

Acara pengagihan itu juga diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada penerima-penerima seramai 100 orang dari Kampung Pelambayan, Kampung Serdang dan Kampung Subok, Mukim Kota Batu.

Salah seorang penerima kurnia daging korban, Dayang Norhayati binti Haji Mohd Daud dari Kampung Serdang ketika ditemu bual berkata, beliau merasa gembira dan bersyukur kerana ia adalah kali pertama beliau menerima daging korban sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat Baginda.

Dato Paduka Haji Mohd Roselan ketika menyampaikan daging-daging korban kepada 100 orang penerima bagi Daerah Brunei dan Muara.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan ketika menyampaikan daging-daging korban kepada 100 orang penerima bagi Daerah Brunei dan Muara.
Dayang Norhayati merupakan penerima daging korban Baginda Sultan buat kali pertama.
Dayang Norhayati merupakan penerima daging korban Baginda Sultan buat kali pertama.
Awang Wafi menyatakan rasa syukur kerana terpilih menerima daging korban Baginda Sultan.
Awang Wafi menyatakan rasa syukur kerana terpilih menerima daging korban Baginda Sultan.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh penerima, Awang Abdul Wafi bin Mohd Kamranshah dari Kampung Subok yang juga meluahkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Baginda Sultan kerana terpilih sebagai penerima daging korban tersebut tahun ini.

Sementara itu, di Daerah Belait, majlis pengagihannya berlangsung di Dewan Persidangan, petang tadi, yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Pada majlis itu, seramai 200 ketua keluarga daripada 741 telah menerima agihan daging korban Kebawah Duli Yang Maha Mulia, manakala bagi ketua keluarga yang tidak dapat hadir agihan daging korban akan disampaikan oleh penghulu dan ketua kampung masing-masing, selepas majlis tersebut.

 

ATAS/BAWAH: Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika menyampaikan daging korban kepada penerima-penerima di Daerah Belait.
ATAS/BAWAH: Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika menyampaikan daging korban kepada penerima-penerima di Daerah Belait.

pg08_160913_d

Majlis berkenaan telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Akop bin Haji Lamat, diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat serta diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Belait.

Bagi Daerah Tutong, seramai 200 orang daripada 699 orang penerima telah hadir bagi menerima agihan daging korban berkenaan yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

pg08_160913_i

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom ketika menyampaikan agihan daging korban kepada penerima-penerima Daerah Tutong.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom ketika menyampaikan agihan daging korban kepada penerima-penerima Daerah Tutong.

pg08_160913_f

Antara para penerima daging ibadah korban bagi Daerah Tutong.
Antara para penerima daging ibadah korban bagi Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat mengagihkan daging korban itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Sebelum pengagihan berlangsung, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya Aidiladha yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar selaku Pemangku Ketua Zon 1.

Manakala itu, majlis pengagihan daging korban bagi Daerah Temburong, kepada seramai 58 orang (daripada 192 orang) telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan isteri.

Dato Paduka Haji Abdul Mokti ketika menyampaikan agihan daging korban kepada penerima lelaki bagi Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Dato Paduka Haji Abdul Mokti ketika menyampaikan agihan daging korban kepada penerima lelaki bagi Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyampaikan agihan daging korban Baginda Sultan kepada salah seorang penerima di Daerah Temburong. –Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyampaikan agihan daging korban Baginda Sultan kepada salah seorang penerima di Daerah Temburong. –Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar itu turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pemangku Ketua Pegawai Ugama cawangan Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ahli jawatankuasa kerja.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Kamarulzaman bin Kamis, dan disusuli dengan laungan Takbir Hari Raya beramai-ramai.

Kesemua penerima di keempat-empat daerah merupakan penerima-penerima asnap fakir miskin yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

ARTIKEL YANG SAMA