Lebih 80 peniaga sertai MGS Fair

Lebih 80 peniaga sertai MGS Fair

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 25 Dis – MEGA Garage Sale and Fair (MGS Fair) di Pusat Insani, Seria kini kembali lagi bermula hari ini hingga 27 Disember, dengan mengetengahkan lebih 80 peniaga.

Acara ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Syarikat Perdasa Sdn Bhd (SPSB) setalah yang pertama diadakan pada hujung Oktober lalu.

Pada pameran berkenaan, para pengunjung boleh mendapatkan barangan daripada pakaian hinggalah mainan lama pada harga yang menarik di samping mendapatkan produk daripada pengusaha kecil-kecilan secara online.

Selain penyertaan pengusaha terkenal seperti Myiesha Faliha dan Galore-Ra, acara tersebut juga mempunyai sudut makanan dan minuman yang disertai oleh restoran Sushi Tei dan Auntie Anne Pretzels.

Pengarah Urusan SPSB, Awang Muhd ​​Hamdelah bin Haji Muhd ​​Musa berkata semasa acara ini, mereka juga menyediakan aktiviti mini seperti pertandingan lumba kereta mini Tamiya 4WD.

Orang ramai ketika mengunjungi pesta tersebut.
Orang ramai ketika mengunjungi pesta tersebut.

“Berikutan sambutan yang hebat bagi MGS Fair yang pertama, kami telah memutuskan untuk menganjurkan satu lagi di akhir tahun ini untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada pengusaha-pengusaha yang baru untuk mempromosikan perniagaan mereka,” kata Awang Muhd ​​Hamdelah, yang turut hadir pada hari pertama bagi menyelia acara tersebut.

Beliau berkata, susulan daripada MGS Fair kali ini, SPSB mempertimbangkan untuk mengadakan acara tersebut dua bulan sekali, sebagai salah satu daripada usaha syarikat untuk menghidupkan kembali Pekan Seria dan Kuala Belait. MGS Fair dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam sehingga Ahad ini, kecuali hari ini yang ditutup dari 12 tengah hari hingga 2 petang.

ARTIKEL YANG SAMA