Lebih 8,000 terima Kurnia Peribadi Sultan

Lebih 8,000 terima Kurnia Peribadi Sultan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani, Bahyiah Bakir dan Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan kurnia peribadi Baginda kepada lebih 8,000 penerima terdiri daripada orang yang kurang upaya (OKU), anak-anak yatim, fakir dan miskin dan penerima bantuan kebajikan bulanan, ibu-ibu tunggal dan warga emas yang terpilih serta golongan yang mempunyai kesulitan kewangan, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Wajah-wajah ceria dan bersyukur jelas terpancar di Dewan Resepsi dan Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman hari ini di mana seramai 7,821 orang menerima kurnia peribadi Baginda bagi Daerah Brunei dan Muara, lebih-lebih lagi menjelang kedatangan hari lebaran tidak lama lagi.

Berangkat menyempurnakan pengurniaan tersebut ialah paduka-paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, selaku wakil peribadi Baginda Sultan.

DYTM Pengiran Muda Mahkota (kiri) dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Suurul Bolkiah semasa menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman kelmarin.
DYTM Pengiran Muda Mahkota (kiri) dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Suurul Bolkiah semasa menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman kelmarin.

pg01_150710_b

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada salah seorang kanak-kanak di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, kelmarin.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada salah seorang kanak-kanak di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, kelmarin.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah ke Dewan Resepsi Istana Nurul Iman dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim.

Manakala keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke Baitur Rahmah pula dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair Haji Abdullah.

Penyampaian kurnia berkenaan berlangsung serentak di Dewan Resepsi dan Baitur Rahmah Istana Nurul Iman sejurus selepas bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

Sementara itu, di Daerah Temburong majlis penyampaian kurnia peribadi Baginda Sultan juga diadakan hari ini membabitkan seramai 705 orang penerima dan penyampaiannya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen selaku wakil peribadi Baginda. Keberangkatan Yang Teramat Mulia ke Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Temburong Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Daerah Temburong kelmarin.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Daerah Temburong kelmarin.

pg03_150710_c

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Kurnia peribadi Baginda Sultan yang dikasihi itu setentunya akan menyemarakkan lagi sambutan lebaran yang bakal menjelang sedikit masa lagi di kalangan penerima kurnia.

Sebahagian daripada penerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Temburong kelmarin.
Sebahagian daripada penerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Temburong kelmarin.

Ia juga dihasratkan akan dapat meringankan tanggungan perbelanjaan kepada penerima serta keluarga dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gembira dan kesyukuran.

Seluruh warga penerima hari ini melahirkan rasa amat bersyukur ke hadrat Allah SWT dan menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli kerabat diraja yang lain atas keprihatinan Baginda dan keluarga Baginda terhadap kesejahteraan rakyat.

Majlis penyampaian kurnia peribadi Baginda Sultan ini akan turut diadakan di Daerah Tutong dan Daerah Belait pada 11 Julai 2015 ini.

ARTIKEL YANG SAMA