Lebih 800,000 Mercedes ditarik balik

Lebih 800,000 Mercedes ditarik balik

WASHINGTON, 10 Feb – Pengeluar kereta Jerman Daimler AG mengumumkan semalam penarikan balik kira-kira 840,000 kenderaan Mercedes Benz dan Daimler di Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan beg udara Takata yang rosak.

Daimler berkata penarikan balik terbaru membabitkan beg udara Takata, yang boleh pecah dan menyebabkan serpihan terkena penumpang kereta.

Sekurang-kurangnya 10 kematian, termasuk sembilan di Amerika Syarikat, telah dikaitkan dengan beg udara rosak. Pengeluar kereta di seluruh dunia telah dipaksa untuk menarik balik lebih daripada 20 juta kereta untuk membolehkan beg udara diganti.

Penyiasat mengesyaki inflator beg udara dan bahan dorong di dalam boleh merosot, terutamanya dalam keadaan panas dan lembap, menyebabkan mereka gagal berfungsi.

Pada minggu lalu, Honda di Jepun menarik balik 2.2 juta kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata yang menghadapi risiko pecah.

Sebanyak 840,000 kenderaan Mercedes Benz dan Daimler telah ditarik balik akibat beg udara yang rosak. – AFP
Sebanyak 840,000 kenderaan Mercedes Benz dan Daimler telah ditarik balik akibat beg udara yang rosak. – AFP

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional AS menggelar isu pada Januari “krisis keselamatan besar.”

Takata, yang telah dituduh menyembunyikan masalah tersebut bertahun-tahun lamanya, didenda AS$200 juta oleh NHTSA pada November kerana memberikan maklumat yang tidak tepat dan mencukupi mengenai beg udara dan kerana gagal menarik balik dengan segera sebaik sahaja ia menyedari mengenai masalah berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA