Lebih 90 peratus hirup udara tercemar

Lebih 90 peratus hirup udara tercemar

GENEVA, 27 Sept – Sembilan dari 10 orang di seluruh dunia menghirup udara yang tidak berkualiti, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, dengan menggesa bagi tindakan dramatik terhadap pencemaran yang telah menjadi punca kematian kepada lebih enam juta orang setahun.

Data baru dalam satu laporan dari badan kesihatan sejagat PBB itu “cukup membuatkan kita semua begitu bimbang,” Maria Neira, ketua jabatan kesihatan dan persekitaran awam WHO, memberitahu para pemberita.

Masalah paling teruk adalah di bandar-bandar, namun udara di kawasan luar bandar malah lebih teruk dari yang difikirkan oleh ramai orang, kata pakar-pakar WHO. Negara-negara lebih miskin mempunyai udara yang lebih kotor dari dunia yang membangun, menurut laporan itu, namun pencemaran “boleh dikatakan menjejaskan semua negara di dunia dan semua bahagian masyarakat,” Neira berkata dalam satu kenyataan. “itu adalah kecemasan kesihatan awam,” ujarnya lagi.

“Tindakan pantas untuk menangani pencemaran udara tidak muncul begitu cepat,” tambahnya dengan menggesa kerajaan-kerajaan untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya, meningkatkan pengurusan sisa-sisa dan meningkatkan minyak memasak yang bersih.

Laporan hari ini berdasarkan data yang dikumpul dari lebih 3,000 tapak di seluruh dunia. Ia mendapati “92 peratus dari penduduk dunia tinggal di tempat-tempat yang mana tahap kualiti udara melebihi had WHO.”

Seorang warga India memakai topeng bagi melindungi dirinya daripada habuk dan pencemaran semasa hendak menyeberangi jalan raya di Chennai, kelmarin. – AFP
Seorang warga India memakai topeng bagi melindungi dirinya daripada habuk dan pencemaran semasa hendak menyeberangi jalan raya di Chennai, kelmarin. – AFP

Data itu menumpu pada partikel padat berbahaya dengan diameter kurang 2.5 mikrometer, atau PM2.5. PM2.5 termasuklah toksin seperti sulfat dan karbon hitam, yang boleh menembus jauh ke dalam paru-paru atau sistem kardiovaskular.

Udara dengan lebih 10 mikrogram pada setiap satu meter isi padu dari PM2.5 dalam asas purata tahunan dianggap lebih rendah dari standard yang ditetapkan. Di beberapa rantau data satelit menunjukkan ukuran paras bumi PM2.5, tetapi di kebanyakan dunia yang sedang membangun bacaan bumi masih tidak dapat diperolehi, yang memaksa WHO bergantung pada anggaran kasar.

WHO menganggarkan lebih enam juta kematian setiap tahun dikaitkan dengan pencemaran udara daripada kawasan luar dan dalam. – AFP