Lebih banyak banduan politik akan dibebaskan

Lebih banyak banduan politik akan dibebaskan

YANGON, 10 Apr (dpa) – Kerajaan baru Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi telah membebaskan hampir 200 tahanan politik, dan dijangka membebaskan yang lain lagi selepas cuti Tahun Baru Buddha yang bermula pada minggu ini, kata pegawai hari ini.

Kementerian Maklumat berkata 199 aktivis politik dibebaskan daripada tahanan selepas polis menggugurkan dakwaan ke atas mereka pada Jumaat, sebelum cuti pada 9-20 April.

Mereka yang dibebaskan termasuk 69 aktivis pelajar yang ditahan setahun lalu ketika satu perarakan untuk menuntut pembaharuan pendidikan.

Seramai 2,178 banduan yang telah pun menjalani hukuman penjara mereka dibebaskan daripada penjara di seluruh negara pada Jumaat, kata kementerian di laman webnya.

Lebih ramai tahanan politik dibebaskan di bawah amnesti, dan kes ke atas aktivis politik yang tinggal akan digugurkan selepas cuti, katanya.

Terdapat 121 banduan yang disabit melakukan jenayah politik dan 418 sedang menunggu untuk dibicarakan di negara, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (Burma) sebelum pembebasan terbaru.

Pengampunan banduan lazim berlaku di Myanmar. Satu pengampunan pada Julai untuk 7,000 banduan termasuk kira-kira 20 tahanan politik.