Lebih banyak ...

Lebih banyak bantuan dihantar ke Yaman

MOKHA, 17 Feb – Pasukan Bulan Sabit Emiriah baru-baru ini menghantar sejumlah besar bantuan kemanusiaan kepada penduduk di bandar Mokha, Yaman, yang baru-baru itu dibebaskan oleh Pakatan Arab daripada militan Houthi.

Sejumlah 20 trak membawa barangan makanan seperti kurma dan lain-lain keperluan, termasuk khemah dan selimut kepada penduduk sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi kemanusiaan Emiriah untuk membantu bandar itu.

Inisiatif-inisiatif UAE itu didorong oleh arahan-arahan daripada Presiden Yang Maha Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk membantu orang-orang Yaman pada ketika waktu krisis.

Gambar fail – Ketika bantuan kemanusiaan tiba di Aden, Yaman pada tahun 2015. – AFP
Gambar fail – Ketika bantuan kemanusiaan tiba di Aden, Yaman pada tahun 2015. – AFP

Para penduduk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada UAE, ahli Pakatan Arab, bagi membantu membebaskan bandar itu dan menghantar bantuan. Pasukan Bulan Sabit Merah Emiriah juga membuka semula hospital awam di Mokha dan menyediakan kakitangan bagi unit kecemasan dan bersalin. Ia juga mengisi smula bekalan-bekalan ubat dan formula anak damit di unit farmasi.

Puluhan pesakit Yaman dan sejumlah pejuang dari Penentang Kebangsaan Yaman prokerajaan sedang dirawat di hospital itu. Agensi itu juga memantau bekalan air awam bandar itu dan telah menyediakan pam-pam dan paip untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh militan rampasan kuasa.– NNN

ARTIKEL YANG SAMA