Lebih banyak gol diperlukan daripada Ozil – Wenger

Lebih banyak gol diperlukan daripada Ozil – Wenger

WATFORD, United Kingdom, 28 Ogos – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger menggesa Mesut Ozil untuk menghasilkan permulaan jaringannya musim ini selepas mengakui satu elemen yang kurang dalam permainan pemain midfield itu.

Ozil, Santi Cazrola dan Alexis Sanchez dalam sasaran bagi kemenangan pasukan Gunners 3-1 bagi Liga Perdana di Watford semalam, kemenangan pertama mereka dalam kempen ini.

Ia adalah jaringan ke 21 bagi pemain antarabangsa Jerman, kelab Utara London sejak menyertai mereka dari Real Madrid pada 2013- -dan Wenger mengakui bagi seorang pemain yang dikenali sebagai kelas dunia, dia masih boleh memperbaikinya.

Ditanya jika kehadiran Ozil menghasilkan perbezaan bagi pasukan Gunners, Wenger menjawab: ‘Terutamanya pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua dia terjejas. Tetapi sudah pasti kami memerlukannya.

“Saya rasa apa yang kami lihat daripada beliau hari ini adalah apa yang kami mahu darinya. Untuk memberikan asis tetapi begitu juga menjaringkan gol. Saya merasa gembira dia menjaringkan gol hari ini kerana ia apa yang ditambahnya dalam permainannya.”

Tekanan berada di atas Wenger dan pasukannya pada hujung minggu selepas permulaan sempurna dari kelab Manchester yang mengakibatkannya terpaksa mengejar. Ini adalah persembahan dan hasil yang diperkukan sebelum rehat antarabangsa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA