Lebih banyak kapal China akan berlayar ke Artik

Lebih banyak kapal China akan berlayar ke Artik

SHANGHAI, 19 Julai – Syarikat gergasi perkapalan China, COSCO merancang untuk menghantar tiga kapal kargo melalui Lautan Artik musim panas ini, menurut kenyataan, ketika syarikat itu melebarkan perkhidmatannya dalam laluan pemanasan global untuk menjadikannya lebih berdaya maju.

‘Northeast Passage’ (Laluan Timur laut) – satu jadual perjalanan Artik utara Rusia – dilitupi ais sepanjang tahun, namun perubahan cuaca telah menjadikan ia lebih mudah diakses, berpotensi mengurangkan masa perjalanan ke Eropah, dan China melihatnya sebagai satu peluang untuk membentuk semula aliran perdagangan global.

Kapal pedagang Yong Sheng COSCO berlepas dari bandar pelabuhan Tianjin, China pada Sabtu bagi satu pelayaran melalui ‘Northeast Passage’ menuju ke Britain dengan bermacam-macam kargo, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Ia telah melakukan dua perjalanan sebelumnya di laluan itu tiga tahun yang lalu, namun dua lagi kapal COSCO, Tian Xi dan Xiang Yun Kou, dijadualkan untuk menavigasi Northeast Passage bulan depan, menurut kenyataan syarikat.

Syarikat perkapalan itu – yang berkembang menerusi gabungan dengan syarikat lain, China Ship-ping Group – berkata ia berhasrat untuk ‘memulihkan’ perkhidmatan di laluan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA