Lebih banyak kesalahan dikesan

Lebih banyak kesalahan dikesan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 31 Dis – Dua orang lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan dan disoal siasat atas kesalahan memiliki dadah terkawal dan peralatan yang dipercayai untuk mengambil dadah dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan di kawasan Sungai Liang, Lumut dan Seria, Daerah Belait, semalam.

Dalam operasi itu juga, empat orang pekerja lelaki warga asing telah ditahan dan disoal siasat atas kesalahan akta kastam iaitu memiliki barang-barang tegahan.

Sementara itu, lima orang lelaki warga asing yang disyaki menyalahi akta imigresen pula telah dikeluarkan pas khas untuk hadir ke Pejabat Imigresen bagi tujuan menunjukkan pasport asal mereka.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh penguat kuasa ke atas sebuah rumah di kawasan Daerah Belait.
Pemeriksaan yang dilakukan oleh penguat kuasa ke atas sebuah rumah di kawasan Daerah Belait.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu telah melibatkan 75 orang anggota dari balai-balai polis Daerah Belait bersama para pegawai dari lima buah agensi lain termasuk Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Penguatkuasaan Hal Ehwal Ugama Kuala Belait dan CID Panaga.

Dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Belait ASP Amiruddin bin Haji Tunjang bersama enam orang pegawai Daerah Polis Belait, operasi merangkumi rondaan dan serbuan ke atas dua tempat tinggal pekerja asing, satu di kawasan Lumut-Liang dan satu lagi di kawasan kem projek pembinaan Lebuhraya Sungai Liang-Telisai, serta serbuan ke atas sebuah rumah persendirian di Berek Lorong Tiga Selatan, Seria.

ARTIKEL YANG SAMA