Lebih banyak pejuang jihad Perancis terbunuh

Lebih banyak pejuang jihad Perancis terbunuh

PARIS, 12 Okt – Beberapa orang pejuang jihad, kemungkinan termasuklah warga Perancis, terbunuh dalam serangan udara Perancis baru-baru ini di Syria ke atas kumpulan Kerajaan Islam (IS), menurut sumber kerajaan Perancis hari ini.

“Serangan udara Perancis di Syria membunuh pejuang-pejuang jihad,” menurut sumber itu. “Mungkin terdapat pejuang jihad Perancis dikalangan mereka itu.”

“Ada desas desus tentang enam orang yang terbunuh mungkin dari pertubuhan bukan kerajaan Syria,’ tambahnya lagi. “Pada masa ini kami tidak dapat mengesahkannya.”

Perancis telah melancarkan serangan udara pada 9 Oktober dan 27 September di Syria ke atas kem latihan IS dalam usaha untuk menghalang kumpulan itu dari melancarkan serangan ke atas kepentingan Perancis dan untuk melindungi orang awam Syria.