Lebih banyak pesalah akan berdepan skuad tembak

Lebih banyak pesalah akan berdepan skuad tembak

JAKARTA, 25 Julai – Lebih banyak pesalah dadah mungkin berdepan skuad tembak di Indonesia, selepas pihak berkuasa hari ini mengatakan mereka bersedia melaksanakan pusingan baru penghukuman mati selepas ia terhenti.

Seorang pesalah Pakistan yang sedang menantikan hukuman mati hari ini telah dihantar ke pulau penjara Nusakambangan, tempat Jakarta melaksanakan penghukuman mati, dan seorang wanita Indonesia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan narkotik, telah dipindahkan ke pulau itu pada hujung minggu lalu.

Kedutaan Pakistan di Jakarta telah dimaklumkan oleh kementerian luar Indonesia pada Jumaat lalu bahawa lelaki Pakistan, Zulfiqar Ali akan dihukum mati pada tempoh terdekat, menurut timbalan duta Pakistan Syed Zahid Raza.

Makluman seumpama itu lazimnya dihantar kepada kedutaan asing dalam tempoh beberapa hari sebelum banduan-banduan menjalani hukuman mati. Tidak segera jelas sama ada lebih banyak makluman dikeluarkan.

“Kedutaan Pakistan telah menghubungi semua pegawai tinggi berkenaan untuk meyakinkan mereka bahawa itu adalah perbicaraan tidak adil bagi Zulfiqar,” katanya dalam satu kenyataan. Kumpulan hak asasi mendakwa Ali, telah dijatuhi hukuman pada tahun 2005 kerana memiliki heroin, dan telah dibelasah supaya mengaku kesalahan itu. –AFP

ARTIKEL YANG SAMA