Lebih banyak serangan tikaman di Palestin

Lebih banyak serangan tikaman di Palestin

BAITULMAQDDIS, 15 Okt – Israel telah berusaha membendung siri-siri keganasan yang telah menimbulkan kebimbangan berlakunya kebangkitan sepenuhnya, dengan lebih banyak serangan tikaman melanda Baitulmaqddis di sebalik langkah untuk mewujudkan tempat pemeriksaan di kawasan Palestin dan mengerahkan beratus-ratus orang tentera.

Ketika meningkatnya keganasan memasuki minggu ketiganya hari ini, Washington berkata ia akan menghantar Setiausaha Negara AS John Kerry ke Timur Tengah kelak untuk menenangkan ketegangan. Kekacauan telah mencetuskan kebimbangan wujudkan kebangkitan ketiga Palestin, seperti yang berlaku pada tahun 1987-1993 dan 2000-2005, apabila beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku hampir setiap hari.

Serangan pertama semalam berlaku apabila seorang lelaki, dilaporkan berusia 20 tahun dari bandar Tebing Barat, Hebron, cuba menikam seorang pengawal keselamatan di laluan masuk ke Bandar Lama itu tetapi ditembak mati sebelum mencederakan sesiapa pun.

Serangan lain menyaksikan seorang Palestin berusia 23 tahun telah menikam dan mencederakan seorang wanita berusia kira-kira 70 tahun berhampiran stesen bas pusat yang penuh sesak ketika waktu sibuk sebelum ditembak mati oleh polis, yang mencetuskan kepanikan dikalangan orang ramai yang ulang-alik.

Dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam keadaan begitu tertekan untuk menghentikan keganasan dan belia-belia Palestin yang kecewa menolak cubaan untuk keadaan tenang dikembalikan, polis berkata 300 tentera Israel menyertai rondaan mereka.

Pengawal Israel berdiri di satu sekatan jalan raya bagi mengawal berlakunya serangan tikaman di sempadan Palestin Jabal Mukaber di timur Baitulmaqdis hari ini. – AFP
Pengawal Israel berdiri di satu sekatan jalan raya bagi mengawal berlakunya serangan tikaman di sempadan Palestin Jabal Mukaber di timur Baitulmaqdis hari ini. – AFP

Kerajaan juga mengumumkan langkah tegas seterusnya, termasuklah melonggarkan undang-undang senjata api bagi orang Israel dan melucutkan permit penduduk dari mereka yang dikatakan penyerang dari Timur Baitulmaqqdis. Dalam ucapan pertamanya sejak keganasan bermula, presiden Palestin Mahmud Abbas berkata dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen bahawa beliau menyokong ‘perjuangan ‘aman dan popular’ menentang Israel.

Siri-siri serangan yang terutamanya serangan tikam oleh orang Palestin telah menyebarkan kebimbangan di Israel, sementara serangan senapang dan pisau ke atas sebuah bas Baitulmaqddis pada Selasa lalu telah mengorbankan dua orang.

Orang ketiga Israel dibunuh di Baitulmaqdis Selasa lalu apabila seorang penyerang Palestin merempuh keretanya ke arah pejalan kaki, yang menjadikan hari paling berdarah di bandar itu dalam siri-siri kekacauan terkini.

Ketiga-tiga penyerang dalam kejadian Selasa lalu itu adalah dari Timur Baitulmaqqdis, dan dua orang ditembak mati. Langkah untuk mendirikan tempat pemeriksaan menyusuli keputusan kabinet keselamatan Netanyahu yang membenarkan polis untuk menutup atau mengenakan perintah berkurung di beberapa kawasan di Baitulmaqqdis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA