Lebih daripada satu anak perlu kelulusan

Lebih daripada satu anak perlu kelulusan

BEIJING, 8 Nov (Reuters) – Unit kawal selia perancang keluarga China berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan aspek penguatkuasaan berhubung membenarkan pasangan memiliki lebih satu anak.

Majlis Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan berkata dalam satu kenyataan, pasangan yang layak untuk mempunyai anak kedua masih perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa. Bagaimanapun mereka menjanjikan prosedur kelulusan lebih mudah.

Kata kenyataan itu lagi, jangkaan pertumbuhan populasi tidak menjejaskan sasaran persekitaran sumber strategik China sekalipun terdapat tekanan terhadap sumber.

Pasangan China yang layak untuk mempunyai anak kedua perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. – Reuters
Pasangan China yang layak untuk mempunyai anak kedua perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. – Reuters

Lebih kurang 90 juta pasangan yang layak di bawah dasar baharu, yang dibenarkan selepas lebih seabad polisi seorang anak berkuat kuasa.

Majlis itu berkata, kerajaan menjangkakan tenaga kerja berusia antara 15-59 tahun meningkat kepada 30 juta menjelang tahun 2050, menstabilkan jangkaan pertumbuhan ekonomi.

ARTIKEL YANG SAMA