Lebih elegan & sportif

Lebih elegan & sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Pengedar tunggal kereta Peugeot, T.C.Y Motors hari ini melancarkan model terbaru Peugeot 308 jenis hatchback yang lebih elegan dan sportif, di The Mall Gadong.

Kereta yang pernah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Eropah 2014 di Pameran Kereta Geneva itu tampil dengan lebih gah lagi dengan pelbagai teknologi canggih dan rupa yang menarik.

Ruang dalaman hatchback direka dengan i-Cockpit yang menggabungkan empat elemen utama iaitu stereng dengan lapisan kulit, panel papan pemuka yang sedikit tinggi, bahagian pameran meter dan tengah yang cukup bergaya dan skrin sesentuh HD pelbagai fungsi bersaiz 9.7 inci.

Manakala dari segi kuasanya, ia dimuatkan dengan enjin 1.6L THP 150 empat silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 165 kuasa kuda pada 5,000rpm dan tork setinggi 240nm pada 1,450rpm, yang berintegrasi dengan kotak gear automatik Tiptronic enam kelajuan.

Lampu belakang Peugoet 308 yang menggunakan teknologi LED.
Lampu belakang Peugoet 308 yang menggunakan teknologi LED.
Orang ramai menyaksikan lebih dekat keluaran terbaru model Peugeot 308 yang dipamerkan di ruang legar The Mall, Gadong.
Orang ramai menyaksikan lebih dekat keluaran terbaru model Peugeot 308 yang dipamerkan di ruang legar The Mall, Gadong.

Peugeot 308 terbaru ini juga digayakan lampu berteknologi LED di depan dan belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dan tayar Michelin.

Dari segi keselamatan pula, ia lebih meyakinkan pemandu dengan pek bantuan pemandu yang cukup efektif seperti Kawalan Kelajuan Dinamik, Amaran Perlanggaran kecemasan dan Brek Pelanggaran Kecemasan.

Orang ramai yang ingin menyaksikan lebih dekat lagi kehebatan Peugeot 308 ini, bolehlah berkunjung ke ruang legar The Mall, Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA