Lebih premium

Lebih premium

DILANCARKAN di China minggu lalu, Huawei Mate 9 Pro pada asasnya merupakan versi lebih premium Mate 9 yang telah diperkenalkan awal bulan ini, dengan spesifikasi dipertingkatkan.

Peranti dual SIM ini menggunakan sistem operasi Emotion UI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat dan menonjolkan paparan melengkung AMOLED QHD (1440×2560 piksel) 5.5 inci yang merupakan perbezaan terbesarnya dengan Huawei Mate 9.

Ia dikuasakan dengan pemproses lapan teras Kirin 960 dan dipadankan dengan RAM 6GB.

Untuk mengambil gambar, Huawei Mate 9 Pro dilengkapi tetapan dua kamera belakang iaitu lensa monokrom 20 megapiksel dan sensor RGB 12 megapiksel dengan lensa-lensa Leica.

Tetapan dua kamera ini disertakan dengan denyaran dua tona.

Huawei Mate 9 Pro merupakan varian ketiga dan pada asasnya lebih premium daripada Mate 9 yang telah dilancarkan awal bulan ini.
Huawei Mate 9 Pro merupakan varian ketiga dan pada asasnya lebih premium daripada Mate 9 yang telah dilancarkan awal bulan ini.

Manakala itu, di bahagian depan pula terdapat kamera 8 megapiksel untuk mengambil selfie. Kameranya didatangkan dengan keupayaan penstabilan imej optik.

Ia didatangkan dengan pilihan storan dalaman 64GB dan 128GB, serta pilihan RAM 4GB dan 6GB.

Mate 9 Pro juga didatangkan dengan pengimbas cap jari di belakang.

Cir-ciri lain, ia disokong bateri 4000mAh dan mempunyai ukuran 152x75x7.5mm.

ARTIKEL YANG SAMA