Lebih ramai wanita fokus kepada keluarga

Lebih ramai wanita fokus kepada keluarga

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Jane Priya Sellaiah, 37, membuat keputusan untuk berhenti kerja hanya kerana satu sebab iaitu anak-anaknya.

Beliau bukanlah yang pertama berbuat demikian kerana ramai lagiwanita Malaysia yang memilih keluarga daripada karier masing-masing.

Keadaan ini bertentangan dengan tanggapan umum bahawa wanita era ini lebih mementingkan kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Bagaimanapun, beliau mengaku bukan mudah untuk membuat keputusan itu terutamanya memandangkan kos kehidupan yang sentiasa meningkat.

“Saya dan suami berbincang mengenai perkara ini apabila saya mengandung anak kedua. Kami perlu memastikan kedudukan kewangan kukuh tanpa perlu mengorbankan perkara-perkara penting untuk meneruskan kehidupan,” beliau memberitahu Bernama.

Jane, yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai komunikasi pemasaran, mahu lebih banyak masa diluangkan untuk membesarkan anak-anak di samping memastikan mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain dengan baik.

“Ada benda kita tak boleh beli walaupun kita ada wang,” katanya berseloroh.

BUAT KEPUTUSAN TEPAT

Bagi Jane, keputusan yang dibuatnya itu memang kena pada masanyamemandangkan anaknya yang sulung, Netra berusia tiga tahun sementara Ishan, 10 bulan.

“Bila-bila masa sahaja saya boleh bekerja balik. Saya memang ada rancangan yang macam tu bila sampai masa yang sesuai. Bagaimanapun, masa anakanakmembesar, kalau dah lepas tak boleh datang kembali,” katanya.

Menurut Jane, beliau ada berjumpa dengan ramai wanita yang membuat keputusanyang sama dan percaya ia mungkin satu perkara biasa sekarang meskipun tidak ada angka untuk membuktikannya.

“Ada yang berhenti kerja langsung, buat kerja dari rumah, kerja secara bebas atau berniaga secara kecil-kecilan seperti membuat roti dan kek yang memberikan mereka pendapatan dan dalam masa yang sama dapat menjaga keluarga,” katanya.

Satu penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan bilangan ibu yang tidak bekerja di luar rumah meningkat kepada 29 peratus berbanding 23 peratus pada tahun 1999. Menurut analisis data kerajaan Pew Research Center, kenaikan itu menunjukkan perubahan setelah kes ibu yang tinggal di rumah menurun sejak tiga dekad lepas.

Hasil penyelidikan yang didedahkan pada tahun 2014 itu menunjukkan kategori umum kes “duduk di rumah” yang termasuk menjaga keluarga.

KISAH HANIS

Lain pula kisahnya dengan Hanis Ahmad, 42 tahun. Keputusannya berhenti kerja tidak selancar yang dihadapi oleh Jane.

“Ia pengalaman yang sukar buat saya,” kata wanita yang mempunyai dua anak, masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Hanis sudah banyak menjelajah dunia dan berkhidmat sebagai pengurus hotel di Kota Kinabalu sebelum membuat keputusan berhenti kerja.

“Saya mempunyai seorang pembantu tetapi saya terpaksa melepaskannya. Saya kerap bertukar penjaga anak kerana pekerjaan saya memerlukan saya bekerja syif malam dan pada hujung minggu,” katanya.

Hanis berkata memang sukar mencari orang menjaga anaknya mengikut jadual kerjanya.

Beliau menjelaskan, pilihan terakhir yang turut difikirkan ialah meninggalkan anak dengan kakak di Perak. Kalau itu keputusannya bermakna beliau tidak dapat bertemu dengan anak-anak dengan kerap.

“Saya seperti wanita lain bercita-cita besar tetapi antara karier dan anak-anak, saya pilih anak-anak saya. Saya buat keputusan berhenti kerja tiga tahun lepas dan menjaga mereka sepenuh masa,” katanya.

TIDAK MENYESAL

Jane dan Hania nampaknya tidak menyesal dengan keputusan yang mereka ambil.

“Tak menyesal. Sedikit pun tak. Cuma ada masa saya teringat juga tentang kerja saya, berjalan ke sana ke sini, ikut suka saya dan buat apa yang saya suka. Sekarang ni nak duduk senyap-senyap sendiri pun tak dapat,” kata Jane sambil ketawa besar.

Bagaimanapun, beliau dengan pantas menyatakan berhenti kerja bukan satu pengorbanan besar.

“Ini tanggungjawab saya sebagai ibu yang mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang serta perhatian untuk anak saya sewaktu mereka sedang membesar,” katanya.

Menurut Jane, ada banyak kajian yang menunjukkan hubungan awal ibubapadengan bayi mereka atau anak yang memasuki tadika sebagai asas penting untuk anak-anak itu.

“Ada ketika saya turut meluangkan masa untuk diri saya atau sayamenghabiskan masa dengan suami saya. Masa itu saya akan tinggalkananak-anak dirumah saudara saya. Ini caranya untuk menenteramkan fikiran saya. Bukanlah selalu saya buat macam ini tetapi saya pastikan saya lakukannya.

“Secara jujurnya, saya rindu bekerja, tidur nyenyak dan memakai kasuttinggidi tempat awam yang tentunya saya tak boleh pakai bila keluar dengan anak-anak saya.

“Apa pun saya tak menyesal kerana saya tahu saya perlu melakukannya,” kata Hanis yang memberitahu penulis beliau berhenti kerja buat selama-lamanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA