Lebih sejuta tiket masih belum terjual

Lebih sejuta tiket masih belum terjual

RIO DE JANEIRO, 4 Ogos – Tiket bagi menyaksikan Usain Bolt mencipta sejarah pada aksi final 100 meter Olimpik antara lebih satu juta yang masih belum terjual, kata jurucakap penganjur Olimpik Rio 2016, semalam.

Dengan berbaki sehari sebelum majlis pembukaannya berlangsung awal pagi Sabtu ini, tiket masih boleh dibeli untuk final 100m dan 200m yang mana bintang sensasi Jamaica, Bolt dalam usaha mencipta sejarah memenangi kedua-dua acara berkenaan selain 4x100m buat kali ketiga berturut-turut.

Situasi itu cukup berbeza berbanding Olimpik London 2012 di mana tiket untuk acara popular habis dijual beberapa bulan sebelum acara bermula.

Sebanyak 1.2 juta tiket – lebih kurang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan – masih boleh dibeli di Brazil.

pg24_160805_olympic logo

Suasana di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. - AFP
Suasana di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AFP

“Kami sudah menjual 4.9 juta tiket iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan,” kata jurucakap penganjur Olimpik Rio 2016 kepada AFP. Tempat duduk mahal adalah yang paling sukar untuk dijual bagi temasya Olimpik yang kali pertama diadakan di benua Amerika Selatan.

Bagaimanapun, tiket murah bagi menyaksikan Bolt sudah habis dijual tetapi peminat boleh mendapatkan di saat akhir dengan harga AS$115 hingga AS$370. – AFP