Lebih separuh penduduk dunia tidak gunakan internet

Lebih separuh penduduk dunia tidak gunakan internet

GENEVA, 23 Nov – Lebih separuh daripada penduduk dunia tidak menggunakan internet, dengan kos jalur lebar tinggi menjauhi berbilion orang daripada menggunakan internet, kata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.

Menurut Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) PBB bahawa 3.9 bilion orang tidak mempunyai rumah atau kemudahan internet dan masalah itu paling teruk di kalangan “golongan wanita, orang tua, orang kurang berpendidikan, pendapatan lebih rendah dan penduduk luar bandar.”

Satu masalah adalah kos kemudahan jalur lebar tetap, yang telah merosot di seluruh dunia sejak satu dekad lalu tetapi masih “tidak mampu dibayar” di kebanyakan negara paling miskin di dunia, kata ITU.

Pada tahun 2008, harga purata global untuk sambungan jalur lebar tetap yang asas adalah AS$80 sebulan,satu angka yang merosot kepada AS$25 sebulan pada tahun lalu, menurut ITU.

Namun, di negara lebih miskin, pakej bulanan jalur lebar tetap dengan data satu gigabyte – iaitu jumlah yang diperlukan untuk menurun muat satu filem – masih menelan kos lebih separuh daripada gaji purata tahunan.

Gambar fail 17 November 2016 menunjukkan telefon bimbit digunakan untuk siaran secara langsung pada sidang akhbar di Rio de Janeiro, Brazil. 40 peratus daripada penduduk dunia tidak memiliki atau menggunakan telefon bimbit. – AFP
Gambar fail 17 November 2016 menunjukkan telefon bimbit digunakan untuk siaran secara langsung pada sidang akhbar di Rio de Janeiro, Brazil. 40 peratus daripada penduduk dunia tidak memiliki atau menggunakan telefon bimbit. – AFP

Dengan jalur lebar tetap amat mahal, kemudahan internet boleh menawarkan satu penyelesaian untuk mendapatkan lebih ramai orang menggunakan internet, kata ITU, mendapati rangkaian jalur lebar secara teknikal meliputi 84 peratus daripada penduduk dunia.

Namun untuk kebanyakan orang, kos handset, dan bukannya langganan bulanan, yang kekal merupakan sekatan ekonomi terbesar untuk menggunakan internet, menurut lTU.

Untuk menambah penggunaan digital di seluruh dunia, agensi PBB berkata ia memerlukan data yang lebih baik mengenai siapa yang disisihkan daripada dunia teknologi maklumat. Sementara terdapatnya banyak langganan peranti di dunia, di sesetengah rantau, sehingga 40 peratus daripada penduduk tidak memiliki atau menggunakan telefon bimbit, mencadangkan sejumlah besar orang dengan pelbagai langganan telah menjejas data. – AFP