Lebih tinggal, penjara 6 bulan, tiga sebatan

Lebih tinggal, penjara 6 bulan, tiga sebatan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Seorang lelaki Indonesia dari Surabaya dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Bambang Nofiandri, 37, berdepan pertuduhan tinggal selama 555 hari di Brunei Darussalam sejak pas melawatnya mansuh pada 15 Februari 2014.

pg06_150828_mahkamah logo2

Berdasarkan fakta kes, defendan sebelum ini berjaya melarikan diri daripada pemeriksaan yang dibuat oleh anggota penguat kuasa imigresen di sebuah restoran di Jalan Mentiri Besar pada 24 Ogos 2015 kira-kira jam 10:40 pagi namun telah menyerah diri ke Unit Penguatkuasaan Imigresen sekitar jam 2 petang pada tarikh yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA