Lebihan dagangan Kuwait di tahap rendah

Lebihan dagangan Kuwait di tahap rendah

KUWAIT, 27 Mac (NNN) – Lebihan dagangan Kuwait berkurangan kepada tahap rendah 10-tahun pada 2015, sebahagian besar disebabkan kemerosotan dalam pendapatan eksport minyak, sementara import masih kukuh, sejajar dengan pertumbuhan yang positif dalam ekonomi bukan minyak, menurut satu laporan.

Lebihan mengecut daripada KD20 bilion (AS$66.24 bilion) pada 2014 kepada KD tujuh bilion pada 2015, imbangan dagangan kebanyakannya berkurangan disebabkan kemerosotan dalam pendapatan eksport minyak berpunca daripada harga minyak yang lebih rendah, menurut satu laporan oleh Bank Nasional Kuwait (NBK).

Kemerosotan seterusnya dalam pendapatan eksport bukan minyak dan pertambahan dalam import juga membebani imbangan keseluruhan.

Lebihan dijangka masih menerima tekanan sementara harga minyak tetap rendah atau sehingga harga minyak mulai kukuh pada akhir tahun.

Penerimaan eksport minyak merosot sebanyak 45 peratus pada 2015 kepada KD14.7 bilion, tahap paling rendahnya dalam lima tahun dan pendapatan eksport minyak merosot di tengah harga minyak lebih rendah pada 2015, tambahnya.

Bank Nasional Kuwait melaporkan mengenai lebihan dagangan Kuwait yang berkurangan kepada tahap rendah disebabkan kemerosotan dalam pendapatan eksport minyak.
Bank Nasional Kuwait melaporkan mengenai lebihan dagangan Kuwait yang berkurangan kepada tahap rendah disebabkan kemerosotan dalam pendapatan eksport minyak.

Harga Minyak Mentah Eksport Kuwait (KEC) merosot 50 sen pada tahun dan mencecah purata AS$47.2 satu tong.

Pendapatan eksport minyak diramalkan berkurangan seterusnya, sekurang-kurangnya pada jangka pendek hingga sederhana, tatkala harga minyak kekal lemah.

Setakat ini dalam suku pertama tahun 2016, KEC telah mencecah harga purata AS26.0 satu tong.

Eksport bukan minyak terus merosot pada 2015, tetapi pada kadar lebih rendah sebanyak 1 peratus. Pendapatan eksport bukan minyak, yang didorong oleh harga etilena, terus mengecut, walaupun pada kadar lebih rendah, tatkala kadar kemerosotan dalam harga etilena menjadi sederhana, kata laporan.

Dinar Kuwait yang lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama juga mengehad sebarang pemerolehan dalam pertumbuhan eksport bukan minyak. Bagaimanapun, dalam suku keempat tahun 2015, eksport bukan minyak kembali mencatat keputusan positif untuk kali pertama dalam hampir setahun. Segmen ini dijangka terus melihat pemerolehan positif pada suku pertama 2016, di sebalik pemulihan dalam harga etilena, kata laporan.

Selain daripada itu, pertumbuhan import menjadi sederhana untuk sepanjang tempoh 2015, namun masih mencatat tahap tinggi bersejarah KD2.5 bilion untuk tahun itu. Kemelesetan ketara dalam import pada suku ketiga 2015 nampaknya tidak kekal lama, ekoran pemulihan dalam suku akhir 2015.

Pemulihan berlaku di sebalik pertambahan dalam import barangan pengguna, yang lebih banyak menghapus kira kemelesetan dalam import barangan modal.

ARTIKEL YANG SAMA