LeBron bantu Cleveland tewaskan Clippers

LeBron bantu Cleveland tewaskan Clippers

LOS ANGELES, 14 Mac, 2016 (AFP) – LeBron James menjaringkan 27 mata untuk membantu Cleveland mendahului NBA dengan jaringan 114-90 ke atas Clippers di Los Angeles semalam dan berkata Persidangan Timur-Cavaliers bakal bermula tidak lama lagi.

“Kami akan memulakan aksi sekarang dan jurulatih (Tyronn) Lue telah melakukan tugas yang besar untuk mendapatkan rentak, dan kami tahu apa yang beliau mahukan daripada kami dan kami akan melakukannya,” kata James, yang menjaringkan 16 mata dalam separuh masa pertama.

“Kami mempunyai perubahan yang besar sekarang ini,” kata James. “Para pemain dalam keadaan sihat, dan kami hanya perlu untuk bermain dengan cara yang betul.” J.R. Smith, yang menjaringkan lima three-pointer, dan Kyrie Irving pula menambah 17 mata setiap satu buat Cleveland.

Aksi LeBron (kanan) ketika dalam perlawanan menentang Clippers pada separuh masa kedua di Staples Center – Reuters
Aksi LeBron (kanan) ketika dalam perlawanan menentang Clippers pada separuh masa kedua di Staples Center – Reuters

Cleveland memenangi perlawanan ketiga berturut-turut dan keenam dalam tujuh perlawanan.

“Bola itu bergerak, ia mempunyai banyak tenaga di belakangnya, dan para pemain beraksi dalam persembahan yang hebat,” kata James, yang juga menjaringkan enam rebound dan lima asis. “Kami membuat pas tambahan dan kami dapat melaksanakan dengan persembahan dari para pemain yang hebat.”

J.J. Redick mempunyai 19 mata untuk membantu Clippers, yang telah kehilangan tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka dan satu setengah permainan di belakang Oklahoma City Thunder untuk tempat ketiga dalam Persidangan Barat.

ARTIKEL YANG SAMA