LeBron bawa Cavaliers ke Game 7

LeBron bawa Cavaliers ke Game 7

CLEVELAND, 17 Jun (AFP) – LeBron James mempamerkan salah satu persembahan menariknya dalam semua pusingan semalam, menjaringkan 41 mata untuk menerajui Cleveland Cavaliers mencatatkan kemenangan ke atas Golden State 115-101 dan mengheret persembahan itu kepada satu lagi perlawanan bagi gelaran NBA.

James menghasilkan 16 dari 27 lontaran dari lantai, menambah 11 asis, lapan rebounds, empat rampasan dan tiga halangan lontaran ketika Cavaliers menyamakan kedudukan best-of-seven NBA Final pada kedudukan 3-3, yang memberikan persaingan permainan ketujuh di Oakland, California pada Ahad depan.

“Kami mampu untuk menewaskan pasukan hebat dua perlawanan berturut-turut untuk memaksa permainan ketujuh. Saya tidak sabar menanti,” kata James. “Saya akan memberikan segala yang saya ada dalam permainan ketujuh.”

Pemain penyerang itu, 31, yang mencatatkan perkadarannya dalam terbaik NBA 32.4 mata apabila menghadapi penyingkiran playoff, juga menjaringkan 41 mata dalam permainan kelima yang mesti dimenangi dalam laluan kemenangan, yang menjadikannya pemain pertama sejak Shaquille O’Neal pada 2000 dengan kemenangan 40 berturut-turut atau lebih banyak.

LeBron James melakukan slamdunk bakul lawan. – AFP
LeBron James melakukan slamdunk bakul lawan. – AFP

“Dia mempamerkan dua perlawanan yang hebat untuk menghidupkan harapan pasukannya,” kata bintang Warriors, Stephen Curry. “Ia adalah apa yang seharusnya dilakukannya.”

Pemain NBA Most Valuable Player sebanyak empat kali, James menjaringkan 18 mata berturut-turut bagi Cavaliers menuju penghujung suku ketiga dan awal suku keempat, yang hampir beraksi seorang diri dalam serangan terakhir Warriors dengan permainan agresifnya.

“Apabila seorang pemain mendapatkan keadaan seperti itu, ia adalah sukar dipercayai untuk menjadi sebahagiannya,” kata Kyrie Irving dari Cleveland, yang menjaringkan 23 mata.

“Dia mencatatkan satu lagi perlawanan yang luar biasa,” tambah jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue. “Ia adalah apa yang kami jangka bagi LeBron, dan ia apa yang dilakukannya sepanjang kerjayanya.”

Ditanya jika rekod kemenangan 73 NBA mereka musim ini adalah satu kegagalan tanpa gelaran, Klay Thompson dari Golden State berkata, “100 peratus.”

“Sama ada memenangi keseluruhannya atau teruk bagi kami.

ARTIKEL YANG SAMA