LeBron beraksi cemerlang

LeBron beraksi cemerlang

LOS ANGELES, 22 Mac – LeBron James mencatatkan triple double ke-41 sepanjang kerjayanya ketika pasukan Cleveland Cavaliers memenangi gelaran NBA Central Division dengan menewaskan Denver Nuggets 124-91 semalam.

James menamatkan dengan 33 mata, 11 rebounds dan 11 asis ketika Cleveland memperbaiki kedudukan 50-20 bagi semusim dalam memastikan mereka menamatkan kedudukan teratas Central Division, Eastern Conference.

Pemain penyerang Channing Frye menambah 14 mata selepas menggantikan Kevin Love, yang direhatkan kerana dalam keadaan sakit. J.R. Smith menjaringkan gol dengan 15 mata dan Matthew Dellavedova 10 mata bagi kemenangan selesa.

“Saya rasa 50 kemenangan semusim dalam liga ini, ia bukanlah setiap tahun anda boleh melakukannya. Ia menunjukkan kerja keras pemain untuk mendapatkan mata ini,” kata jurulatih Cavs, Tyronn Lue.

Pasukan Cavs mencatatkan 19 mata pendahuluan pada suku pertama sebelum Denver kembali bangkit pada suku kedua dengan 17 mata tanpa balas apabila pemain bangku simpanan Cleveland dimasukkan.

LeBron (23) ketika beraksi menentang Denver pada separuh masa kedua di Arena Quicken Loans. – Reuters
LeBron (23) ketika beraksi menentang Denver pada separuh masa kedua di Arena Quicken Loans. – Reuters

Bagaimana pun, pasukan Cavs mengukuhkan kedudukan, dengan mencatatkan 33 mata pendahuluan pada akhir suku keempat.

Ia adalah aksi kembali yang meyakinkan oleh Cleveland selepas kekalahan memalukan 122-101 pada Sabtu lalu di Miami.

Lue berkata dia berharap kemenangan semalam menyaksikan permulaan konsisten dari pasukan Cavaliers, pasukan tangga kedua dalam NBA Final pada tahun lepas.

“Semuanya tidak teruk,’ kata Lue. “Kami masih berkembang, kami masih berada dalam kedudukan yang lebih baik pada setiap malam dan kami meraikan kejayaan ini, tetapi kami juga perlu melangkah ke depan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA