Lebuh raya lama Seria By-Pass akan dibuka semula

Lebuh raya lama Seria By-Pass akan dibuka semula

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai mengenai pembukaan semula sebahagian lebuh raya lama ‘Seria By-Pass’ yang menghala ke Bandar Seri Begawan.

Sebahagian jalan lebuh raya lama ‘Seria By-Pass’ yang telah siap dinaik taraf bermula dari KM 12 Kuala Belait berdekatan menara DST sehingga persimpangan Seria akan dibuka semula kepada pengguna-pengguna jalan raya pada 10 November 2016, jam 9 pagi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, JKR juga memaklumkan bahawa lampu isyarat sementara di persimpangan Seria masih lagi beroperasi seperti biasa.

JKR juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan serta had laju yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA