Lebuhraya Pan Borneo pemangkin kemajuan ekonomi Sabah

Lebuhraya Pan Borneo pemangkin kemajuan ekonomi Sabah

TAWAU, 29 Mei – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, projek Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negeri Sabah.

Beliau berkata dengan adanya lebuh raya itu, kawasan pantai timur Sabah yang mempunyai potensi ekonomi yang besar dalam sektor pertanian dan pelancongan mampu dibangunkan dengan lebih pesat lagi.

“Kita yakin bahawa projek ini akan membantu merancakkan agenda pembangunan negeri dengan memacu lebih pantas perkembangan sektor ekonomi di sesuatu kawasan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Tawau-Sandakan di sini semalam.

Pelancaran pakej Tawau-Sandakan sepanjang lima kilometer dari Kilometer 43 hingga ke Kilometer 48 (Bulatan Check-Point Semporna-Tawau) itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Bernama

Datuk Seri Mohd Najib menerima cenderahati berupa Kecapi daripada Datuk Seri Musa Aman selepas merasmikan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Sabtu lalu, bagi Jajaran Tawau-Sandakan pakej pertama sepanjang lima kilometer dari Kilometer 43 ke Pekan Tawau. – Bernama