Ledakan bom mengorbankan seorang anggota

Ledakan bom mengorbankan seorang anggota

BANGKOK, 5 Julai – Sebuah bom kereta meledak hari ini di tempat pemeriksaan utama di selatan Thailand yang dicengkam pemberontakan, mengorbankan seorang pegawai polis dan mencederakan dua pegawai lain, menurut polis, terbaru dalam siri-siri serangan di seluruh rantau itu yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Kawasan sempadan tidak terjamin setelah lebih sedekad dibelenggu keganasan antara negara itu yang majoriti penduduknya beragama Buddha, dan para pemberontak Islam yang menginginkan autonomi lebih besar bagi wilayah-wilayah berbeza dari segi budaya.

Penembakan setiap hari dan bom pinggir jalan telah mengorbankan lebih 6,500 orang sejak tahun 2004, kebanyakan mereka orang awam.

Bom kereta hari ini, bentuk serangan yang kurang kerap, adalah yang kedua menyerang rantau itu dalam tempoh kurang dua minggu.

“Bom itu disembunyikan dalam lori pikap. Tersangka-tersangka memandu lori itu telah meletakannya di tempat pemeriksaan sebelum melarikan diri,” kata Leftenan Kolonel Sompong Rongyang, seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian di Nong Chik, sebuah daerah di wilayah Pattani.

“Dua anggota polis mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital,” katanya tentang serangan itu, yang mengakibatkan kenderaan itu terbakar dan asapnya menjulang ke ruang udara.

Pihak polis memeriksa kawasan ledakan bom. - AFP
Pihak polis memeriksa kawasan ledakan bom. – AFP

Deep South Watch, NGO Thailand yang memantau konflik itu, berkata keganasan bertambah sedikit dalam tempoh minggu-minggu terakhir bulan puasa Ramadhan tahun ini, meskipun angka kematian lebih rendah dalam tahun 2015.

Dua puluh dua orang terbunuh dan 47 orang cedera bulan lalu, berbanding 49 orang dan 90 orang tercedera pada Ramadhan tahun lalu, menurut pemerhati itu.

Ketenteraan Thailand, yang merampas kawalan ke atas negara dalam rampasan kuasa 2014 menekankan usaha untuk memulakan rundingan damai dengan pemberontak.

Tetapi sedikit kemajuan.

Para pengkritik meragui usaha damai junta, dengan menekankan sejarah pencabulan hak asasi di rantau itu yang telah mengembangkan rasa tidak percaya mendalam kepada pihak tentera dikalangan penduduk tempatan.

Butiran tentang usaha dalaman pemberontak adalah sedikit, ketika kumpulan-kumpulan dalam rangkaian rapuh itu jarang sekali membuat kenyataan terbuka atau mengaku bertanggung jawab ke atas serangan. – AFP