Ledakan Kagawa julang Dortmund

Ledakan Kagawa julang Dortmund

BERLIN, 23 Ogos – Pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa (gambar) meledak dua gol ketika Borussia Dortmund melangkah ke pusingan dua Piala Jerman hasil kemenangan 3-0 ke atas kelab divisyen empat, Eintract Trier, awal kelmarin.

Kagawa membuka tirai jaringan seawal minit kelapan permainan sebelum menambah gol kedua peribadinya setengah jam kemudian diikuti jaringan ketiga disumbangkan pemain terbaru kelab itu, Andre Schuerrle yang meledak gol pertamanya sejak tiba dari Wolfsburg sebelum rehat pertama.

Sementara itu, pemain tengah Croatia, Alen Halilovic yang tiba dari Barcelona musim lalu menjaringkan gol kemenangan buat Hamburg mengatasi kelab divisyen tiga, Zwickau 1-0.

pg21_160824_a

Werder Bremen dan kelab yang baru dinaikkan pangkat ke Bundesliga, RB Leipzig menjadi dua pasukan dari saingan elit Jerman yang tersingkir di pusingan pertama.

Penyandang juara, Bayern Munich pada Jumaat lalu mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Carl Zeiss Jena hasil jaringan hatrik Robert Lewandowski.

Undian bagi pusingan berikutnya akan dijalankan pada Jumaat ini mengikuti perlawanan pembukaan Bundesliga di antara Bayern dan Bremen di Allianz Arena. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA