Lee juarai Kejohanan Lotte

Lee juarai Kejohanan Lotte

LOS ANGELES, 17 April (AFP) – Pemain remaja Australia, Min-Jee Lee mempamerkan persembahan terbaiknya semalam dengan memperbaiki 10 pukulan pada pusingan keempat untuk memenangi Jelajah LPGA kedua sepanjang kerjayanya.

Pemain itu, 19, dari Perth menamatkan persaingan dengan bebas bogey, lapan bawah par 64, hanya 24 jam selepas mencatatkan dua pukulan di atas 74 di Lotte Championship.

“Saya tidak beraksi dengan baik semalam,” kata Lee. “Saya baru sahaja keluar dengan pemikiran yang segar.”

Dia menamatkan 16 bawah 272 untuk menewaskan Chun In-Gee dari Korea Selatan dan Katei Burnett dari AS dengan satu strok di Kapolei, padang golf Hawaii. Burnett adalah satu–satunya pemain gold dari AS yang berada dalam enam kedudukan terbaik.

Moriya Jutanugarn dari Thailand, 21, menamatkan di tangga keempat dengan 14 bawah selepas membuat 68 pukulan semalam.

Pemain golf sensasi dari Asia mempamerkan persembahan hebat apabila memenangi Kejohanan Lotte. – AP
Pemain golf sensasi dari Asia mempamerkan persembahan hebat apabila memenangi Kejohanan Lotte. – AP

Jan Su-Yeon dari Korea Selatan mengungguli lima kedudukan terbaik pada 13 bawah selepas pusingan akhir 71.

Lee mencatatkan eagle di atas par lima lubang ke 13 dan mencatatkan enam birdie ketika menguasai tujuh lubang yang membolehkannya menguasai kedudukan teratas.

Dia menghasilkan birdie putt di atas par empat lubang ke 17 dan menyelamatkan par dengan kedudukan naik dan turun dari green No.18 untuk memenangi persaingan kedua Amerika Utara dengan kejayaan di Kingsmill Championship 2015.

“Saya menghasilkan eagle di lubang ke-13 dan ia adalah titik perubahan,” kata Lee. Saya menghasilkan satu eagle kemudian disusuli dengan dua birdie.”

ARTIKEL YANG SAMA