Lee kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan

Lee kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan

SINGAPURA, 21 Ogos – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati keadaannya tidak serius. PMO akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat,” tambah kenyataan itu.

Lee, 64, dijangka menamatkan ucapan dalam versi bahasa Inggeris pada pukul 10 malam. Ucapan Lee tiba-tiba tersekat-sekat sebelum mukanya pucat dan badannya menggigil di rostrum sebelum visual televisyen dialihkan ke arah hadirin.

Sebelum itu, Lee telah berucap dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada pukul 6.45 petang.

Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan Lee telah meminta Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean untuk menyampaikan pesanan beliau akan kembali menamatkan ucapannya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA