Lee mudah ke suku akhir

Lee mudah ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Datuk Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain muda China, Kai Guo dalam permainan petang tadi.

Dalam aksi yang diadakan di Suffolk County Community College, Brentwood itu, bekas pemain nombor satu dunia ini hanya mengambil masa 43 minit untuk catat kemenangan, 21-17 dan 22-20.

Pada saingan suku akhir nanti, Chong Wei bakal berdepan dengan pemain England, Rajiv Ouseph yang sebelum itu mengenepikan cabaran seorang lagi pemain muda China, Zhu Siyuan dengan keputusan 21-11 dan 21-8.

Terdahulu, di perlawanan pusingan kedua, Chong Wei turut mudah menjinakkan pemain Denmark, Rasmus Fladberg 21-13, 21-11.

Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir Grand Prix Emas Terbuka AS selepas menewaskan Kai Guo dari China semalam. – Bernama
Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir Grand Prix Emas Terbuka AS selepas menewaskan Kai Guo dari China semalam. – Bernama

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat adalah penampilan pertama Chong Wei pada kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping.

Baru-baru ini, pemain ini menyertai dua acara berpasukan iaitu Piala Sudirman di Dongguan, China pada Mei dan Sukan SEA di Singapura. Beliau memenangi semua perlawanan dengan bergaya.