Legasi Bryant untuk masa depan bergununmasa depan

Legasi Bryant untuk masa depan bergununmasa depan

LOS ANGELES, 22 Dis (Reuters) – Bagi semua gelaran NBA dan pilihan All-Stars yang dihasilkannya ketika kerjaya yang menarik, Kobe Bryant dari Los Angeles Lakers mahu legasinya dinilai ke atas bagaimana dia memberikan impak terhadap masa depan sukan itu dan bukan masa lalu.

Pemain penjaring itu, 37, sudah meletakkan dirinya sebagai salah seorang dari beberapa pemain terhebat dalam Persekutuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan akan bersara dari perlawanan itu selepas musim 2015-16, yang ke-20 dalam liga.

“Saya cuba melihat kepada legasi saya dan bagaimana ia memberikan impak masa depan terhadap sukan ini,” kata Bryant dalam sidang akhbar bersama media antarabangsa semalam. “Saya tidak melihat kepada legasi saya daripada kedudukan di mana saya cergas dengan kehebatan sepanjang masa.

“Bagi saya, ia kedudukan yang boleh dipertikaikan dan kenyataan rendah. Saya rasa perkara paling penting dan paling menarik adalah bagaimana legasi anda memberikan impak kepada generasi pemain–pemain yang akan datang?

Kobe Bryant yang akan menamatkan kariernya sebagai pemain bola keranjang NBA. – Reuters
Kobe Bryant yang akan menamatkan kariernya sebagai pemain bola keranjang NBA. – Reuters

“Jika apa yang saya telah lakukan dan apa yang saya pertahankan selama 20 tahun memberikan impak kepada pemain-pemain hari ini dan pemain–pemain hari esok dalam keadaan positif, dalam cara mereka boleh, jadi teruskan legasi itu bagi diri mereka dan impak generasi akan datang, yang lebih signifikan berbanding di mana saya berdiri dalam sejarah.”

Juara lima kali NBA itu yang muncul dalam 17 perlawanan All-Star, Bryant melakukan kesemuanya di atas gelanggang walaupun ketika dia bersedia untuk mendapatkan persaingan akhir, terdapat jaringan yang perlu dicapai.

Walaupun dalam keadaan perlahan kerana usaha dan kecederaan, Bryant telah menetapkan pandangan untuk menghasilkan selamat tinggal menarik pada Olimpik Rio tahun depan.

“Ia adalah sesuatu yang saya usahakan,” kata Bryant, yang memenangi beberapa pingat emas bersama pasukan Olimpik AS pada 2008 dan 2012. “Menjadi sebahagian Olimpik adalah satu pengalaman yang indah.