Legasi Piala Dunia Brazil dipersoalkan

Legasi Piala Dunia Brazil dipersoalkan

RIO DE JANEIRO, 12 Julai – Pegawai di Brazil mendakwa Olimpik Rio akan membawa faedah berkekalan, namun adakah penganjuran Piala Dunia oleh negara dua tahun lalu berjaya membantu penduduk tempatan?

“Saya tidak fikir begitu,” kata Datuk Bandar Rio de Janeiro Eduardo Paes pada Jun ketika meluahkan pendapat yang dikongsi oleh kebanyakan warga Brazil yang menyesali pembinaan stadium terlalu besar dan infrastruktur mahal yang belum siap dan tidak digunakan sepenuhnya daripada kejohanan bola sepak itu.

“Ada pesta, muzik, makanan hebat dan orang bersuka-ria, tetapi kami terus memupuk imej melakukan kesemua ini pada kos mahal, tanpa perancangan yang cukup,” kata Paes.

Kerajaan Brazil memberitahu AFP penganjuran acara besar merupakan satu pendidikan, dan membantu negara Amerika Selatan itu berkembang.

“Brazil adalah sebuah negara membangun yang telah mengambil kesempatan ke atas peluang untuk menganjurkan acara besar seperti Piala Konfederasi 2013, Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016 untuk membina satu budaya yang memberi lebih tumpuan kepada perancangan dan kecekapan,” kata jurucakap di kementerian sukan.

Eduardo Paes memberikan sidang akhbar di Rio de Janeiro sebulan sebelum Sukan Olimpik Rio 2016 berlangsung. - AFP
Eduardo Paes memberikan sidang akhbar di Rio de Janeiro sebulan sebelum Sukan Olimpik Rio 2016 berlangsung. – AFP

Stadium bola sepak yang baru dibina atau diubahsuai adalah peninggalan Piala Dunia yang paling ketara. Ada di antaranya sering digunakan seperti Arena Sao Paulo Corinthians atau stadium Maracana di Rio, namun yang lainnya tidak berpenghuni.

Arena da Amazona di Manaus di mana England tewas kepada Itali kini hanya menganjurkan beberapa perlawanan setahun.

Liga tempatan mengadu kehadiran mereka yang rendah tidak dapat menyokong kos tinggi menganjurkan perlawanan di sana.

Untuk mengelak Amazonia daripada menjadi stadium lengang, kelab prestij Rio sekali-sekala bermain di sana. – AFP