Legenda Brazil jurulatih baru Sao Paulo

Legenda Brazil jurulatih baru Sao Paulo

SAO PAULO, 25 Nov – Bekas penjaga gawang legenda Brazil, Rogerio Ceni yang dikenali dengan penyudah tajamnya di depan gawang semalam dinamakan sebagai jurulatih baru Sao Paulo.

Dia menggantikan Ricardo Gomez, yang dipecat kelmarin dengan pasukan itu kini tercicir ke kelompok pertengahan saingan domestik utama Brazil itu.

Sao Paulo adalah juga bekas kelab lama Ceni.

Ceni, 43, membuat lebih 1,200 penampilan bersama Sao Paulo – rekod kelab – selepas menyertai pasukan itu pada 1990. Malah, dia turut mencetak 131 gol sepanjang tempoh terbabit. Dia menjaringkan 69 gol daripada penalti dan 61 menerusi sepakan percuma termasuk satu gol daripada gerakan padang.

Jumlah jaringan yang dihasilkannya itu adalah satu rekod bagi posisi penjaga gol dan turut meletakkannya pada kedudukan ke-10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Sao Paulo.

Dia bersara pada Disember lalu dan sejak daripada itu bertungkus lumus dalam usahanya menjadi jurulatih. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA