Legenda ‘Devils Tower’

Legenda ‘Devils Tower’

CHEYENNE – Satu usaha sedang dijalankan untuk menukar nama lokasi tersebut kepada satu nama yang lebih baik dan bersesuaian. Batu gergasi itu terletak di timur laut Wyoming dan dikenali sebelum ini sebagai ‘The Devils Tower’. Penduduk tempatan Indian Amerika berkata bahawa nama itu adalah tidak sesuai memandangkan menara itu diidentifikasikan sebagai menara keagamaan bagi sesetengah masyarakat di kawasan tersebut. Masyarakat di kawasan tersebut ingin memberikan nama menara itu sebagai ‘Bear Lodge’.

Monumen pertama Amerika Syarikat

Presiden Theodore Roosevelt telah menetapkan bahawa menara ‘The Devils Tower’ adalah monumen pertama kebangsaan Amerika Syarikat pada 24 September 1906 setelah kuasa baru diberikan kepada beliau. Pihak kongres Amerika Syarikat telah meluluskan langkah yang dibuat oleh presiden itu sebagai salah satu usaha untuk melindungi kawasan itu sebagai lokasi yang unik di Amerika Syarikat.

Bagaimanakah ia terjadi?

Antara teori yang diberikan tentang bagaimana menara batu terjadi disebabkan oleh keadaan batu magma bawah tanah yang keluar daripada permukaan bumi menjadi sejuk dan keras serta menjadi sejenis batu yang dikenali sebagai batu igneus. Magma semakin retak dan telah membentuk satu tiang multisided. Disebabkan oleh keadaan cuaca yang sentiasa berubah-ubah sedikit sebanyak telah mendedahkan keadaan batu menara tersebut.

Masyarakat di kawasan tersebut ingin memberikan nama menara itu sebagai ‘Bear Lodge’. – AP
Masyarakat di kawasan tersebut ingin memberikan nama menara itu sebagai ‘Bear Lodge’. – AP

Menara itu menjadi lokasi hebat buat pendaki bukit batu. Beberapa kepingan batu dan runtuhan di kawasan menara tersebut adalah menjadi bukti kepada cebisan batu yang rosak dan runtuh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada dari manusia dan juga keadaan cuaca.

Penduduk tempatan Amerika dan menara tersebut

Dianggarkan lebih daripada dua dozen penduduk suku tempatan mendiami tempat menara itu dan menjadikan menara itu sebagai salah satu budaya di dalam masyarakat mereka. Puak suku asli itu mempunyai cerita mereka tersendiri sejak turun temurun lagi tentang bagaimana pembentukan menara itu dalam tradisi budaya mereka. Malah yang paling terkenal ialah menara itu bersandarkan kepada seekor beruang yang telah mencakar menara itu dan menjadikannya sebagai lokasinya untuk berlindung setelah melarikan diri. Pelbagai nama telah diberikan terhadap menara tersebut antaranya, Bear’s House, Beak Peak, Bear Lodge, Tree Rock, Gray Horn Butte dan Grizzly Bear’s Lodge.

Kenapa ‘Devils Tower’

Menurut Perkhidmatan Taman Negara pada tahun 1874 hingga 1901, satu ekspedisi telah dijalankan bagi mengkaji menara tersebut dan diketuai oleh Kolonel Richard Irving Dodge dan menamakannya sebagai ‘The Devils Tower’. Kumpulan itu telah membawa ahli geologi dan ‘MapMaker’ untuk mengkaji menara itu dan setelah mereka kembali, mereka mengatakan bahawa menara itu sinonim dengan puak asli di kawasan tersebut sebagai sebuah menara untuk membuang benda-benda yang tidak baik malah dikenali sebagai ‘Menara Tuhan yang buruk’. Namun tiada rekod menunjukkan bahawa menara itu dikaitkan dengan ilham roh jahat atau keberadaan satu identiti halus.

Mengubah nama

Para penyokong menukar nama itu telah mengemukakan petisyen kepada lembaga Amerika Syarikat kepada nama yang lebih baik berdasarkan geografinya malah para panel lembaga itu telah menerima beratus-ratus cadangan setiap tahun untuk nama terbaru menara tersebut dan ketika ini masih dalam proses perbincangan. – AP