Legenda Liverpool pesta gol

Legenda Liverpool pesta gol

SYDNEY, 7 Jan – Steven Gerrard, Robbie Fowler dan Jamie Carragher membuat kemunculan semula dalam jersi merah Liverpool ketika pasukan itu menewaskan pasukan legenda Australia 4-0, di Stadium ANZ di sini, sebentar tadi.

Gerard Houllier diberi penghormatan menjadi pengurus untuk skuad yang turut membariskan wira The Reds seperti Ian Rush, John Arne Riise, Dietmar Hamann, Igor Biscan serta Patrick Berger.

Terdahulu pada aksi pertunjukan itu, bekas sayap Sepanyol, Luis Garcia terlebih dulu meletakkan legenda Liverpool di depan seawal minit ke-27 menerusi penyudah kaki kirinya.

Dia kemudian menjaringkan gol kedua hasil tandukan jarak enam kaki yang menewaskan penjaga gol legenda Australia, Zeljko Kalac selepas bijak menyambut hantaran silang Gerrard.

Malam gemilang Liverpool dilengkapkan penyerang legenda The Reds, Ian Rush dan John Aldridge selepas masing-masing meledak gol kemenangan pada minit ke-73 dan ke-90.

Pemain-pemain legenda Liverpool ketika meraikan jaringan mereka dalam perlawanan itu. - AFP
Pemain-pemain legenda Liverpool ketika meraikan jaringan mereka dalam perlawanan itu. – AFP

Senarai pemain – Legenda Australia: Kalac; Emerton, Zdrilic, Foxe, Culina; Skoko, Sterjovski, Zelic, Chipperfield; Corica, Tobin

Pemain Gantian: Milicic, Bolton, Foster, Slater, Lazaridis, Vidmar

Pemain legenda Liverpool: Westerveld, McAteer, Carragher, Henchoz, Riise, Garcia, Hamann, Gerrard, Berger; Smicer, Fowler

Pemain Gantian: Grobbelaar, Babb, Aurelio, McAllister, Biscan, Aldridge, Rush – Agensi