Legenda ragbi meninggal dunia

Legenda ragbi meninggal dunia

WELLINGTON, 18 Nov (AFP) – Legenda ragbi dunia, Jonah Lomu meninggal dunia pada usia 40 tahun, dipercayai akibat masalah buah pinggang.

Kematian bintang luar biasa global ini disahkan oleh keluarga dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR).

“Saya boleh sahkan Jonah Lomu meninggal pagi ini. Ia sesuatu yang tidak dijangka. Jonah dan keluarga tiba dari UK malam tadi,” kata jurucakap keluarga mendiang, John Mayhew memberitahu TV3 sebelum menangis.

Ketua Pegawai Eksekutif NZR, Steve Tew menerusi akaun Twitternya menyatakan: “Kami semua terkejut dan menzahirkan rasa sedih atas kematian mengejut Jonah Lomu,”.

Jonah Lomu dalam salah satu aksinya pada 2001. – AFP
Jonah Lomu dalam salah satu aksinya pada 2001. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA