Legenda rock ...

Legenda rock meninggal dunia pada usia 90

NEW YORK, 19 Mac – Chuck Berry, salah seorang legenda rock ‘n’ roll yang terkenal kerana dianggap membantu membentuk budaya remaja moden dengan rentak tari tersendiri dan perjuangan mengatasi institusi bersifat perkauman, meninggal dunia semalam pada usia 90 tahun.

Polis di St. Louis daerah kelahiran dan tempat tinggal Chuck Berry hingga akhir hayatnya berkata, legenda gitar itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya.

“Pihak Jabatan Polis St Charles County dengan rasa sedih mengumumkan kematian Charles Edward Anderson Berry Sr, atau dikenali sebagai legenda muzik Chuck Berry,” kata jabatan itu dalam Facebook.

Berry menjadi sensasi beberapa tahun selepas Perang Dunia II dalam kalangan generasi baru Amerika Syarikat.

Anak tukang kayu kelas pertengahan dan pengetua sekolah menengah itu membesar dalam dunia terasing tetapi nalurinya sentiasa mahukan jurang antara kaum dirapatkan. Pada asalnya Chuck Berry bermain gitar blues tetapi mendapati kebanyakan peminat kulit putih lebih menggemari irama ‘country’.

Gambar fail yang diambil pada 28 Mac 2008 menunjukkan legenda Chuck Berry semasa membuat persembahan di konsert Santa Cruz de Tenerife. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 28 Mac 2008 menunjukkan legenda Chuck Berry semasa membuat persembahan di konsert Santa Cruz de Tenerife. – AFP

Beliau menggabungkan gaya itu dengan tenaga gitar elektrik dan mempamerkan persembahan sempurna walaupun keberatan mengatakan beliau mencipta irama rock ‘n’ roll.

Penyanyi dan komposer, Bruce Springsteen berkata, irama itu pernah dikenali sebagai ‘boogie-woogie’, ‘blues’, irama dan ‘blues’ dan kini ia dikenali rock. Sebagai pemuzik yang banyak dipengaruhi oleh Chuck Berry, Springsteen berkata, legenda itu adalah seseorang yang sangat diperlukan. “Chuck Berry adalah pengamal terbesar irama rock, pemain gitar dan penulis lagu rock ‘n’ roll yang pernah hidup,” tulis Springsteen menerusi akaun Twitter miliknya. – AFP