Legenda tenis China Li Na lahir anak perempuan

Legenda tenis China Li Na lahir anak perempuan

BEIJING, 3 Jun (AFP) – Bintang tenis China bersara Li Na, yang diwartakan sebagai pengenal sukan tenis di negara yang besar itu, mengumumkan hari ini bahawa dia dan suaminya telah memperoleh anak perempuan pertama mereka.

“Jiang Shan dan saya ingin mengenalkan Alisa kami kepada peminat ‘Na fans’,” atlit berusia 33 tahun itu menulis di awal pagi di laman seakan Twitter China ‘Sina Weibo’.

“Kami sangat gembira dan sayang dia sangat-sangat,” katanya, walaupun tidak menyatakan bila anak damit itu lahir.

Gambar tapak kaki anak damit tersebut turut diperlihatkan di bawah pesanannya.

Pengumuman itu mendapat perhatian lebih 150,000 komen dan dikirimkan semula lebih 21,000 kali kurang dari lima jam, apabila para pengguna laman media mengucapkan tahniah kepada Li Na.

“Tahniah Li Na di atas Grand Slam kehidupanmu,” kata salah seorang pengguna web. Pengguna lain juga menulis: “Semoga Alisa , puteri kecil itu membesar dengan sihat dan kuat.”

Li, yang telah memenangi sembilan gelaran tenis sewaktu kerjayanya, termasuk Kejohanan Terbuka Australia dan Perancis, tidak dijangka bersara pada September tahun lepas.

Dia mengumumkan bahawa dia mengandung pada bulan Januari lepas di depan 15,000 peminat di Kejohanan Terbuka Australia, yang mana dia merupakan tetamu kehormat, mengatakan dia telah lama teringin untuk mempunyai anak dan berada di rumah sebagai seorang ibu.