Lego lantik CEO baru

COPENHAGEN, Denmark, 10 Ogos – Syarikat permainan Denmark, Lego telah melantik Niels B. Christiansen, yang mengetuai pembuat thermostat, Danfoss selama sembilan tahun sebagai ketua eksekutif.

Christiansen menggantikan Bali Padda, yang mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara pada Januari. Padda akan memegang peranan “penasihat khas” ke dalam kumpulan itu.

Pengerusi, Joergen Vig Knudstorp berkata hari ini bahawa, Christiansen, 51, akan bermula pada 1 Oktober.

Lego berkata, Christiansen menjadi ketua eksekutif GN Netcom pada usia 33 tahun dan menyertai perniagaan keluarga Danfoss dalam tahun 2004. Dia menjadi ketua syarikat itu selepas empat tahun, jawatannya yang dipegangnya sehingga Jun.

“Dia mengubah syarikat industri tradisional menjadi satu syarikat teknologi global,” kata VIg Knustorp, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lego, menambah dia yakin pembuat permainan itu “akan terus berkembang” di bawah Christiansen.

Niels B. Christiansen yang baru dilantik sebagai CEO baru Lego. – AFP
Niels B. Christiansen yang baru dilantik sebagai CEO baru Lego. – AFP

Dalam bulan Mac, Lego berkata pendapatan 2016 bertumbuh 6 peratus kepada AS$6 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah 85 tahun syarikat itu. Kumpulan itu juga mencatat keuntungan bersih meningkat kepada AS$1.5 bilion.

Padda, 61 tahun, bangsa India yang lahir di Britain dan bekas ketua pegawai operasi Lego, hanya dianggap sebagai CEO sementara. Dalam satu keterangan, Vig Knudstorp berkata peralihan untuk mencari CEO baru “berlaku lebih pesat” daripada yang dijangkakan.

Padda yang menyertai Lego dalam tahun 2002 di Enfield, Connecticut, dipuji oleh Vig Knudstorp yang mengatakan Padda “memainkan satu peranan penting dalam masa pemulihan Kumpulan Lego dan ketika masanya menjawat sebagai CEO mencipta satu asas kukuh di mana terus mengubah syarikat itu.” – AP