Lego tamatkan promosi di Daily Mail

Lego tamatkan promosi di Daily Mail

LONDON, 13 Nov – Pengeluaran mainan dari Denmark, Lego semalam dalam surat khabar Britain, Daily Mail berkata ia tidak merancang bagi promosinya akan datang, ekoran kempen awam yang menggesa syarikat besar itu supaya berhenti membiayai ‘kebencian’.

Kempen “Hentikan Membiayai Kebencian” yang semakin bertambah di media sosial bermatlamat untuk menangani apa yang disifatkannya “budaya ancaman kebencian dan perpecahan yang meracuni perbincangan politik kita,” menurutnya di halaman Facebook.

Para aktivis mensasarkan beberapa buah firma seperti firma peruncit, Marks & Spencer dan John Lewis sebelum Krismas, dengan menggesa mereka untuk manarik semula iklan mereka dari surat khabar berhaluan kanan Britain termasuklah Mail, the Sun dan Daily Express.

Gambar fail 5 April 2016 menunjukkan pekerja menyusun permainan Lego di pembukaan kedai barunya di pusat membeli-belah Les Halles semasa lawatan media di Paris, Perancis. - AP
Gambar fail 5 April 2016 menunjukkan pekerja menyusun permainan Lego di pembukaan kedai barunya di pusat membeli-belah Les Halles semasa lawatan media di Paris, Perancis. – AP

Keputusan Lego dibuat dalam respons kepada surat yang diedarkan secara meluas yang menggesanya supaya menamatkan pemberian percumanya yang lama berterusan dalam Daily mail, dengan mengatakan ia telah menamatkan kempen promosinya.

Surat itu yang ditulis sebagai sebahagian dari kempen Bob Jones, yang mengaku dirinya penggemar permainan pembinaan bata kanak-kanak, dengan menuduh tajuk akhbar surat khabar yang ‘mewujudkan kesangsian kepada orang asing’ dan ‘menyalahkan pendatang bagi segala-galanya.”

“Perjanjian dengan Daily Mail telah selesai dan kami tidak merancang untuk menjalankan kegiatan promosi dengan surat khabar itu dalam tempoh masa yang dapat diramalkan,” Lego berkata di Twitter, dan kemudian mengesahkan kedudukannya dalam kenyataan rasmi. – AFP