Leica lancar DSLR canggih

Leica lancar DSLR canggih

BERLIN, 13 Sept (dpa) – Satu kamera yang berharga lebih daripada sebuah kereta baru menjadi simbol status terbaru daripada pengeluar kamera mewah Jerman iaitu Leica.

Kamera format-medium versi Leica S (Jenis 007) mempunyai sensor lampu lima kali lebih besar daripada refleks satu-kanta APS-C biasa, resolusi 37.5 mega piksel dan kepekaan cahaya sehingga ISO 12 500.

Namun tatkala kamera ini berada dalam tangan anda, angka yang ada dalam fikiran anda adalah harga. Ia dijual dengan harga kira-kira 16,700 dolar di Jerman, lebih mahal daripada kebanyakan kereta hatchback empat pintu di jalan raya.

Sebahagiannya disebabkan bantuan penampan memori 2GB, Leica S mempunyai frekuensi sehingga 3.5 gambar sesaat.

Ia datang bersama mikrofon stereo dan merakam video HD-penuh pada 30 gambar sesaat atau video 4K pada 24 gambar sesaat.

Leica S dilengkapi dengan Wi-Fi dan sensor kedudukan GPS.

ARTIKEL YANG SAMA