Leicester, Arsenal masih buntu

Leicester, Arsenal masih buntu

LEICESTER, 21 Ogos – Penyandang juara, Leicester City masih tercari-cari kemenangan pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Arsenal, awal pagi hari ini.

Penyerang, Jamie Vardy dan perancang, Riyad Mahrez yang kedua-duanya kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol buat Leicester di Stadium King Power namun gagal menerjah gawang pelawat.

Leicester membuka kempen musim ini dengan kekalahan 2-1 ke atas Hull dan sehingga kini masih belum menampilkan prestasi ketika mereka gah menjuarai kempen musim lalu.

“Kamu tidak akan tahu bagaimana prestasi kamu, namun ini lebih seperti kami,” kata pertahanan Leicester, Robert Huth.

“Harapnya kami semua bermain lebih baik daripada itu.”

Aksi Jamie Vardy (kiri) dan penjaga gol Arsenal, Petr Cech, semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di King Power Stadium, Leicester, England. – AP
Aksi Jamie Vardy (kiri) dan penjaga gol Arsenal, Petr Cech, semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di King Power Stadium, Leicester, England. – AP

Arsenal juga turut mempunyai satu mata daripada dua perlawanan selepas kekalahan 4-3 kepada Liverpool pada aksi pertama.

Bagi peminat, ia menambah kekecewaan mereka terhadap pengurus, Arsene Wenger yang dilihat gagal untuk menguatkan skuad bimbingannya pada rehat pra-musim lalu.

“Ia adalah perlawanan di tahap yang tertinggi dan saya percaya kami sudah bertindak balas dengan baik selepas kekecewaan minggu lalu,” kata Wenger. “Leicester adalah pasukan yang baik.

“Mereka memenangi liga dan hanya tewas tiga perlawanan pada musim lalu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA