Leicester bawa masuk Hernandez

Leicester bawa masuk Hernandez

LONDON, 21 Jun (AFP) – Leicester telah bersetuju untuk menandatangani pemain pertahanan Sporting Gijon, Luis Hernandez dalam satu pertukaran percuma, juara Liga Perdana itu mengesahkan hari ini.

Hernandez akan menyertai pihak Claudio Ranieri bagi kontrak empat tahun apabila kontraknya bersama kelab La Liga itu tamat pada hujung bulan ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi penandatanganan pertama Leicester sebelum musim baru bermula apabila Ranieri berhasrat untuk meningkatkan pertahanan kejuaraan mereka dan kempen buat kali pertama Liga Juara-juara musim depan.

Gambar fail – Luis Hernandez (kanan) kini dimasukkan ke Leicester bagi mengukuhkan pertahanan pasukan tersebut. – AFP
Gambar fail – Luis Hernandez (kanan) kini dimasukkan ke Leicester bagi mengukuhkan pertahanan pasukan tersebut. – AFP

“Kelab Bola Sepak Leicester City gembira untuk mengumumkan bahawa pemain pertahanan Sepanyol Luis Hernandez akan menyertai bagi perjanjian empat tahun, bermula 1 Julai 2016,” dalam satu keterangan kelab itu melalui laman sesawangnya.

Hernandez, produk yang dikeluarkan daripada akademi belia Real Madrid, bermain 140 perlawanan buat Gijon dan membantu mereka mengekalkan status La Liga pada hari terakhir musim.

ARTIKEL YANG SAMA