Leicester benam Celtic

Leicester benam Celtic

GLASGOW, 24 Julai – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City meraih kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Celtic selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar perlawanan persahabatan Piala Liga Juara-Juara Antarabangsa, semalam.

Pemain terbaik tahunan PFA musim lalu, Riyad Mahrez menyambar jaringan pembukaan untuk skuad kendalian Claudio Ranieri sebaik bersambung babak kedua dengan gol individu menarik.

Celtic sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara, pengurus barunya Brendan Rodgers tidak banyak membuat pertukaran di rehat babak pertama sebelum pertahanan Republik Ireland Eoghan O’Connell pada minit ke-59.

Piala Liga Juara-Juara Antarabangsa menyaksikan perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri selepas 90 minit permainan terus ditentukan dengan sepakan penalti.

Mahrez (kiri) menerima trofi perlawanan dari Bruce Bundrant (kanan) di Glasgow, Scotland, semalam. Mahrez menyambar jaringan pembukaan untuk skuad kendalian Claudio Ranieri sebaik bersambung babak kedua dengan gol individu menarik. – AP
Mahrez (kiri) menerima trofi perlawanan dari Bruce Bundrant (kanan) di Glasgow, Scotland, semalam. Mahrez menyambar jaringan pembukaan untuk skuad kendalian Claudio Ranieri sebaik bersambung babak kedua dengan gol individu menarik. – AP

Dan selepas kedua-dua pasukan berjaya menyumbat kelima-lima penalti, Kasper Schmeichel menyelamatkan percubaan daripada James Forrest dan Daniel Amartey untuk memberi Leicester kemenangan penalti 6-5.

The Foxes kini menuju ke Amerika Syarikat untuk menghadapi latihan pemanas badan dengan dijadual menentang juara Ligue 1, Paris Saint-Germain di California pada 31 Julai sebelum melayan Barcelona di Sweden pada 3 Ogos depan.

“Saya sangat gembira dengan keputusan hari ini (semalam). Kami sangat fokus dan padat,” kata Ranieri dalam akaun Twitter Leicester. “Pemain kembali dalam keadaan terbaik dan kami semakin bagus.” – AFP