Leicester bermula garang

Leicester bermula garang

LEICESTER, United Kingdom, 9 Ogos (AFP) – Leicester City memulakan kempan Liga Perdana di kedudukan teratas selepas kemenangan 4-2 ke atas Sunderland di Stadium King Power semalam.

Manchester United, Crystal Palace dan Aston Villa juga menang tetapi jumlah empat gol yang dihasilkan Leicester membolehkan mereka berada di kemuncak, empat bulan selepas kebangkitan musim yang lewat untuk menyelamatkan mereka daripada zon penyingkiran.

Jamie Vardy, yang membuat kemunculan bersama England dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Republik Ireland Mei lalu, membuka jaringan bagi tuan rumah dengan tandukan melalui hantaran lintang Marc Albrighton selepas 11 minit.

Pasukan The Foxes itu kemudian melanjutkan kelebihan mereka dengan dua gol pertama menerusi pemain sayap Riyad Mahrez.

Pemain berusia 24 tahun itu yang ditandatangani dari kelab Perancis, Le Harve pada 2014, menanduk masuk gol kedua bagi pengurus baru, Claudio Raineri selepas gandingan menarik Albrighton untuk menyerahkan pendahuluan 2-0 selepas hanya 18 minit.

Ranieri mengarahkan pemainnya semasa menentang Sunderland di Stadium King Power semalam. – AFP
Ranieri mengarahkan pemainnya semasa menentang Sunderland di Stadium King Power semalam. – AFP

Pengurus Sunderland Dick Advocaat dari Belanda, yang menyelamatkan pasukan itu daripada penyingkiran musim lalu, kemudian berada dalam kesukaran ketika pasukannya terus ketinggalan berikutan sepakan penalti.

Lee Cattermole menjadi pemusnah ketika dia menjatuhkan Mahrez dan pemain dari Algeria itu dengan tenang mengambil sepakan sebelum menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol Sunderland dari Romania, Costel Pantilimon pada minit ke-25.

Bekas pemain antarabangsa England, Jermain Defoe memberikan Sunderland harapan dengan menukar kedudukan menjadi 3-1, tetapi kecemerlangan Albrighton menjaringkan gol pada minit ke-66 meletakkan keputusan yang sukar.

Steven Fletcher dari Scotland menjaringkan gol sagu hati bagi Sunderland dengan perlawanan berbaki 19 minit tetapi sia-sia.

ARTIKEL YANG SAMA