Leicester City, Arsenal tertekan

Leicester City, Arsenal tertekan

LEICESTER, United Kingdom, 19 Ogos – Berikutan kekalahan dalam perlawanan pembukaan, juara Leicester City dan Arsenal, pasukan tangga kedua Liga Perdana musim lalu, tertekan untuk meningkatkan kempen mereka di Stadium King Power esok.

Tiga bulan dari cerita dongeng mereka 5,000-1 memenangi gelaran, Leicester dikejutkan dengan keputusan 2-1 kepada kelab Hull City hujung minggu lalu, sementara Arsenal yang dibelenggu dengan kecederaan tewas 4-3 kepada Liverpool di tempat sendiri.Dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea memenani perlawanan pertama mereka, ia menyaksikan kedua buah pasukan sedang kejar-mengejar, tetapi pengurus pasukan Leicester, Claudio Ranieri enggan untuk merasa cemas.

‘Kekuatan kami adalah sama. Kami memiliki semangat yang bagus dan dalam keadaan baik di padanmg latihan’ kata pengurus dari Itali itu. ‘Kami tidak akan menukar cara pemikiran kami. Kami adalah pasukan kuat dan kami percaya. Kami tahu kami perlu bekerja keras.

Pemain Pasukan Arsenal, Theo Walcott, (kanan), menjaringkan gol menewaskan pemain daripada Liverpool, Alberto Moreno (tengah), dan Ragnar Klavan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, Ahad lalu.  – AP
Pemain Pasukan Arsenal, Theo Walcott, (kanan), menjaringkan gol menewaskan pemain daripada Liverpool, Alberto Moreno (tengah), dan Ragnar Klavan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, Ahad lalu.
– AP

Keputusan perlawanan pembukaan Leicester memberikan pengajaran, ketika mereka tewas kepada Hull yang pada masa ini tanpa pengurus kekal dan yang mampu untuk memilih hanya 13 pemain senior yang cergas.Riyad Mahrez menyamakan kedudukan bagi Leicester menerusi sepakan penalty, tetapi Jamie Vardy melalui petang yang sukar, terutamanya menghasilkan rembatan tinggi pada satu kedudukan separuh masa pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA